Tuesday, May 4, 2010

Terengganu Welcome You!!



Ceritera mengenai terengganu ini bermula pada jumaat malam 30 April,perjalanan yang mengambil masa sekitar 8 jam, mungkin agak memenatkan biarpun aku sekadar melelapkan mata di sepanjang perjalanan dan akhirnya desiran pantai dan deruan angin sambil pepohonan yang melambai seakan-akan mengalukan kedatangan aku ke Terengganu. Dibenak hati ini terus berkata "indah sungguh ciptaan Tuhan". Kedinginan pagi bukanlah penghalang bg anak desa utk mengharungi embun demi mencari sesuap nasi.


Kala mentari muncul di ufuk timur, jeti yang berlantaikan simen dan beratapkan zink, menjadi saksi penunggu setia para nelayan dengan titisan peluh yg membasahi keringat, membawa pulang hasil dari lautan setelah meninggalkan keluarga semalaman kerana apa yang dicari adalah apa yg perlu di isi utk perut dirumah dan tiba-tiba aku temanggu seketika yang membuatkan aku terfikir pada Abah. Walaupun abah bukan nelayan, namun kala pagi sebegini pasti abah akan keluar mencari rezeki demi sesuap nasi utk kami sekeluarga. Walau dihitung buih-buih dilaut aku tidak mampu utk membalas jasa dan keringatmu Abah.

Walau aku di bukit atau di pulau, mahupun aku di kota aku tetap berpijak pada bumi yang sama dan aku tetap berada dibawah langit yang serupa. Langit ini menjadi saksi suka,duka jerit payah aku yg bergelar anak rantau, inilah hakikatnya realiti sebuah kehidupan namun aku tidak akan menongkat langit kerna aku sedar bahawa hidup ini ibarat putaran alam, adakalanya cerah dan adakalanya mendung. Alhamdulilah perjalanan aku sepanjang berada di Terengganu amatlah ceria dengan sinaran matahari di siang hari dan malam ditemani sang bulan setia bersama kerlipan bintang.

Menyaksikan kemunculan sang mentari adalah satu pengalaman yg amatlah berharga, membuat aku

Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Murahkan rezeki
Jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai
Walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali
Bila bisikan dia mencuit hati
Aku tercandu pada duniawi
Tapi aku tetap kembali,


Sekadar berkongsi tertarik aku pada "Replika Batu Bersurat" yang terletak di negeri terengganu yang merupakan antara monumen sejarah yang perlu dijaga.Batu bersurat ditemui separuh tenggelam di terbing Sungai Tersat di Kuala Berang pada tahun 1903. Antara Catatan yang terkandung pada Batu Bersurat adalah menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu Bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an. Batu Bersurat juga menpunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama di temui.

No comments:

Post a Comment